Saturday 30 May 2015

DIY Game - Marble Run

Assalamualaikum mommies....dah siapkan kerja rumah? Kami memang kena buat cepat2 sebelum hero bangun...kalau tak kerja sejam boleh jadi 2 jam sebab hero kecik tu nak tolong sama 😅

Oh ya, apa plan mommies dengan si manja hari ni? Kalau takder apa2 plan, jom kita buat mainan DIY sambil mengajar. Mommies semua pastu dah banyak baca tentang kebaikan play-based learning ni kan. Semalam kami main marble dengan hero kami di samping belajar pasal graviti. Untuk umurnya 3 tahun tak pasti pulak sejauh mana kefahamannya tentang graviti, tapi seronok ja hero seorang tu buat eksperimen dengan marble dan bottle tunnels.

Untuk DIY ni mommies perlukan sesuatu yang boleh membentuk tunnel. Kami guna botol mineral je. Potong bahagian atas & bawah. Mintak si kecil untuk tolong tape bahagian yang yang dipotong tadi. Awas dengan gunting atau pisau tajam ye mommies. Buat je berapa banyak tunnels yang mommies atau sikecil suka. Bila dah siap lekatkan di dinding, pintu atau mana2 tempat yang sesuai. Keluarkan marbles, guli atau bola2 kecil. Tadaaa.....siap dah. Biar si kecil eksperimen dengan tengok item apa yang jatuh dulu. Sambil tu mommies boleh terangkan tentang graviti, berat item, serta apa2 faktor lagi yang boleh mempengaruhi kelajuan item tu jatuh. Make it fun & enjoyable. Mudah kan mommies....selamat mencuba 👌👌👌