Tuesday 29 April 2014

Ekzema & Minyak Kelapa Dara - Part 2

Assalamualaikum mommies.....sebelum ni kita dah bincangkan secara ringkas tentang ekzema & minyak kelapa dara...jadi hari ini kita bercerita pulak tentang penggunaan minyak kelapa dara dalam proses merawat & mengawal / mengurangkan ekzema si manja kita....bagaimana ye?
 
Untuk merawat ekzema menggunakan minyak kelapa dara, dua cara boleh digunakan - secara makan (dalaman) dan juga secara sapuan (luaran). Minyak kelapa dara boleh saja dimakan dalam bentuk cecair ataupun dalam bentuk gel kapsul. Untuk breastfeeding babies, ibu boleh saja makan minyak kelapa dara & secara tak langsung kebaikannya turut dirasai oleh anak yang menyusu, insya Allah. Bagi cara sapuan pula, sapu di tempat2 terjadinya ekzema tersebut, terutamanya di tempat2 terlipat seperti leher, bawah lutut, ketiak dan sebagainya. Pastikan kulit si manja sentiasa lembap supaya tidak berlaku ekzema flare-up. Oh ya, pastikan juga si manja anda tidak allergic terhadap minyak kelapa sebelum menggunakannya ye :)
 
Sememangnya menjaga anak ekzema memerlukan kesabaran yang tinggi. Kenalpasti apa trigger ekzema anak2...jika tiba2 ekzema anak naik, cuba ingat balik apa yang dimakan...termasuklah ibu jika masih breastfeeding. Cuba eliminate makanan tersebut dari diet harian & tengok kesannya...try & error...elakkan dari memakaikan anak dengan baju tebal / panas...jauhkan dari tempat berabuk...elakkan fragrance....Insya Allah dengan pengawasan yang betul kita dapat manage ekzema si comel :)
 
Disclaimer - Google Image
 
 


Sunday 27 April 2014

Ekzema & Minyak Kelapa Dara - Part 1

Tak sampai hati tengok anak2 kecil menderita ekzema....gatalnya..pedihnya... Tak dapat kita bayangkan....lagi2 untuk kulit halus anak2.....setakat ini sebab berlakunya ekzema masih belum diketahui, namun doktor2 perubatan sepakat menyatakan trigger untuk berlakunya ekzema 'flare-up' termasuklah pemakanan, cuaca, habuk & juga allergy. Sekarang ini banyak diperkatakan tentang kelebihan minyak kelapa dara untuk merawat & mengurangkan ekzema. kenapa ye?
 
Sebenarnya minyak kelapa mengandungi fungsi antibakteria, antikulat/antifungal, antioksida& juga antimicrobial yang dapat mencegah dari berlakunya infection and juga merawat kulit yang luka/merekah. Minyak kelapa juga penuh dengan vitamin & nutrien yang pentings eperti asid lauric, asid caprylic, vitakim K & vitamin E. Nutrien2 dan vitamin2 ini dapat mengurangkan rasa gatal & memberikan keselesaan pada kulit. Bila minyak kelapa dara digunakan untuk merawat ekzema, ianya bukan saja dapat mengurangkan simpton ekzema seperti gatal2, ianya juga membantu merawat kulit & mencegah dari infection yang mungkin berlaku akibat astik menggaru & luka. Yang paling best, minyak kelapa dara adalah satu cara yang natural & organic untuk merawat ekzema, kerana ianya bebas dari sebarang bahan kimia.
 
Jadi, bagaimana nak rawat ekzema menggunakan minyak kelapa dara? Kita sambung dalam bahagian ke2 ye....nantikan :)
 
Ekzema Baby



Disclaimer: Gambar dari Google.
 
 

Wednesday 16 April 2014

Tropika Baby Oil...penjimatan berganda!

Assalamualaikum mommies.....semoga sihat semuanya.....anda punyai ramai anak? Sukakan baby oil lavender kami? Kalau botol kecil pasti cepat habis kan...dapatkan Tropika Baby Oil Lavender bersaiz 250ml.....murah & jimat. No more running out of baby oil when you need it most!
 
 
Tropika Baby Oil Lavender 250ml (RM130)



Tuesday 15 April 2014

Terima kasih...thank you... :)

Assalamualaikum & selamat pagi mommies semua...jutaan terima kasih buat semua peminat2 Tropika....sokongan anda sangat kami hargai :)
 
Thank you semua


Sunday 13 April 2014

APRIL - Bulan kesedaran Ekzema. Jom Support!

Salam mommies....Tahu x anda April adalah bulan kesedaran ekzema? First time diadakan di Malaysia. So in support pada pengidap ekzema, kami tawarkan 10% discount untuk semua pembelian produk Tropika & herbasuci sepanjang bulan ini. Jom dapatkan set Tropika anda hari ini, kita manage ekzema si manja :)
 
10% discount on Tropika & Herbasuci products!