Tuesday 2 September 2014

30 Cara Mudah Meningkatkan Susu Badan. Jom try!

Assalamualaikum mommies....alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menulis blog. Bagaimana sambutan kemerdekaan yang lepas? Seronok kan....bagi mommies yang menyusu mesti dapat banyak top-up susu kan....maklumlah 3 hari bersama sikecil, pastinya susu juga makin bertambah.
 
Okay mommies, minggu lepas kita kongsikan beberapa faktor yang menyumbang kepada kekurangan susu ibu. Kali ni kita nak kongsikan pulak 30 cara untuk meningkatkan supply susu badan. Ianya sangat mudah, & boleh dilakukan serta merta... jom kita tengok apa cara-caranya:
 
1. Susukan anak sekerap mungkin. Jika mommies kerja, tingkatkan sesi pam susu. Ingat demand supply concept. Lagi kerap baby disusukan, atau lagi kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan dihasilkan oleh badan.
 
2. Susukan baby dari kedua-dua payudara. Elakkan dari membiarkan baby menyusu hanya dari sebelah payudara sahaja. Teruskan menyusu baby bergilir-gilir sehingga payudara kosong, atau baby sendiri berhenti menyusu.
 
3. Pastikan baby menyusu sehingga puas, & sehingga payudara kosong. Begitu juga bila pam, pastikan payudara dikosongkan sebaiknya.
 
4. Jangan susukan baby mengikut jadual. Susukan sahaja setiap kali baby minta. Give on demand ye mommies :)
 
5. Biarkan baby cluster feed. Cluster feed ialah keadaan dimana baby menyusu sekejap2 tapi kerap. Layankan aje....
 
6. Breast compresion. Sambil susukan baby, atau sambil pam susu, urut payudara. Bagus juga kalau belajar teknik-teknik mengurut payudara untuk memastikan payudara kita dikosongkan sepenuhnya. Google ye mommies.
 
7. Kerapkan menyusu / pam pada waktu malam dan awal pagi. Ini salah satu cara untuk boost supply susu kita.
 
8. Pam selepas menyusukan baby direct-feed. Ini untuk pastikan payudara betul-betul kosong. Boleh juga pam sebelum menyusukan, & biarkan baby yang kosongkan payudara. Lebih efficient.
 
9. Pastikan baby latch dengan betul. Dapatkan bantuan dari pakar laktasi.
 
10. Dapatkan support dari ibu-ibu menyusu yang lain. Moral support juga sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu.
 
11. Pam semasa menyusu. Boleh praktis di rumah, semasa baby sedang menyusu, sambil-sambil pam payudara sebelah lagi. Bila habis tukar side & biarkan baby kosongkan payudara yang dipam tadi.
 
12. Skin-to-skin contact dengan baby. Bestnya boleh snuggle dengan sicomel.
 
13. Susukan baby dalam keadaan berbaring. Mommy lebih relaks, baby boleh menyusu lebih lama.
 
14. Elakkan dari tidur meniarap. Tidur meniarap mungkin boleh menggangu supply susu ibu.
 
15. Elakkan dari puting tiruan & puting pacifiers. Baby yang masih muda mungkin boleh mengalami nipple confusion.
 
16. Elakkan dari makan pil perancang jika boleh. Pil perancang boleh mengganggu supply susu ibu.
 
17. Jangan merokok, limitkan caffein.
 
18. Minum air yang banyak, terutamanya sebelum mula menyusu / pam.
 
19. Relaks masa menyusu / pam. Tenangkan fikiran & bayangkan wajah sicomel anda.
 
20. Pastikan mommies makan makanan berkhasiat. Tak perlu diet lagi ye. Menyusu ni pun boleh kurus juga :)
 
21. Jika perlu, makan makanan penggalak susu ataupun supplement.
 
22. Nursing vacation. Jika supply susu merudum terlalu banyak, ambil cuti & habiskan masa bersama baby, susukan setiap kali diminta. Lagi banyak lagi bagus.
 
23. Diskus dengan pakar laktasi / doktor jika perlu mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menggalakkan penghasilan susu ibu. Seeloknya elakkan ye mommies. Cuba natural ways dulu.
 
24. Elakkan dari memberi susu formula kepada baby, terutamanya baby dibawah umur 6 bulan. Yakin susu yang dihasilkan cukup untuk baby.
 
25. Jika telah berikan susu formula pada baby, jangan sedih. Tingkatkan direct-feed, pam selalu, dan perlahan-lahan hentikan pemberian susu formula.
 
26. Power pumping. Selang seli pam (10 minit) - rehat (10 minit) - pam (10 minit) -  rehat (10 minit) selama satu jam. Buat secara konsisten setiap hari, masa yang sama selama seminggu-dua. Insya Allah mommies akan dapat tengok kesannya. Kalau boleh buat di awal pagi.
 
27. Kalau mommies pam susu di tempat kerja, pastikan mommies kosongkan payudara setiap 2 jam ye.
 
28. Buat jadual pumping, dan amalkan secara konsisten.
 
29. Fikir positif. Sentiasa yakin, susu kita, sikit ataupun banyak, cukup & berkhasiat untuk baby kita. Setiap susu ibu adalah berbeza & mengikut keperluan setiap baby.
 
30. Banyakkan berdoa pada Allah, semoga susu yang dihasilkan cukup untuk anak. Tawakal lah.
 
Jadi mommies, boleh try praktikkan tips-tips ni. Semua tips ni berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pengalaman kawan-kawan penyusuan. Yang penting, mommies jangan risau ye. Pengalaman penyusuan baby adalah satu pengalaman yang sangat indah. Jadi cuba buat sebaik mungkin, jangan cepat mengalah, tapi jangan stress-stress. At the end of the day, yang penting mommies tahu mommies dah berusaha. Insya Allah, yakin & berbaik sangka lah dengan Allah Maha Pemberi Rezeki. Enjoy the journey mommies!
 
Gambar sumber dari internet
 
 
 

No comments:

Post a Comment